Anifah aman and robert tannenbaum

Anifah Aman

Tan SriDatuk Seri PanglimaAnifah binHajiAman (lahir 16 November 1953) ialah ahli politik Malaysia, bekas Menteri Luar Negeri Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Kimanis. Kini, beliau berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah (Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing).

Kehidupan peribadi dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

YB Dato' Sri Anifah telah berkahwin dengan Datin Sri Rubiah Datuk Abdul Samad dan mempunyai 3 orang anak. Beliau juga ialah adik kepada Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua MenteriSabah pada era Barisan Nasional. Beliau juga ialah graduan Sarjana dalam falsafah ekonomi dan undang-undang dari Kolej Universiti Buckingham (kini Universiti Buckingham), United Kingdom.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Ansari memberitahu Malaysiakini, dirinya dan Anifah menyertai PCS pada awal bulan ini dan keahlian mereka telah diluluskan oleh majlis tertinggi parti pada 11 Julai.

Anifah keluar dari Umno pada September 2018, ketika Umno beberapa bulan selepas parti itu kalah dalam pilihan raya ke-14 dan juga kehilangan kuasa di Sabah.

Selepas rampasan kuasa yang meruntuhkan kerajaan Pummel, BN kembali mengusai Putrajaya di bawah gabungan PN.[2]

Pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Beliau memasuki politik apabila mula bertanding sebagai calon Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada pilihan raya 1994. Bagaimanapun, beliau tewas di kerusi DUN Klias dalam satu pertandingan sengit antara Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu, Datuk Lajim Ukin yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 405 undi. Anifah sekali lagi diberi peluang pada pilihan raya 1999 untuk bertanding kerusi Parlimen Beaufort dan memenanginya.[3]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PKR, Ismail Bungsu dengan majoriti sebanyak 5,453 undi. Beliau memperolehi 10,242 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 1,615 undi. Dua lagi calon bebas ialah Jaafar Ismail (4,789) dan Benjamin Basintal (205).[4] Pada 2 Disember 2019, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan beliau di kerusi Parlimen Kimanis dalam PRU-14, sekaligus memberi laluan bagi pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu.[5] Namun, beliau akan bertanding pada PRU-15 yang akan datang.

Jawatan dalam UMNO

[sunting | sunting sumber]

  • Bendahari UMNO Bahagian Beaufort bemula 1994
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Beaufort pada penggal 2001-2003
  • Ketua UMNO Bahagian Kimanis

Isu dan kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Menolak Jawatan Timbalan Menteri

[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak. Sebelum pilihan raya 2008, beliau telah menjadi Timbalan Menteri selama 2 penggal.

Disaman kerana dakwa tawar jawatan Timbalan Perdana Menteri

[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 2009, semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington, Anifah Aman mendakwa Anwar Ibrahim menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepadanya jika melompat parti UMNO kepada PKR.

Pada 16 Mei 2009, peguam S. N. Nair mewakili Anwar Ibrahim menafikan tawaran tersebut. Beliau dituntut menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam. [6] Pada 27 Mei 2009, writ saman difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta , Kuala Lumpur pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah.Anggota Parlimen Kimanis itu sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.[7]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Tahun Kerajaan Undi Peratus Pembangkang Undi Peratus Lain-lain Undi Pedratus
2004Anifah Aman (UMNO) 9,655 66% Awang Tengah Awang Amin (PKR) 4,547 31%
2008Anifah Aman (UMNO) 10,242 59% Ismail Bongsu (PKR) 1,615 9% Jaafar Ismail (Ind)

Benjamin Basintal (Ind)

4,789

205

28%

1%

2013Anifah Aman (UMNO) 13,754 61% Jaafar Ismail (PKR) 8,031 35% Jamil William Core (SAPP)

Lusin Balangon (STAR)

650

240

3%

1%

Anugerah

[sunting | sunting sumber]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]